Blogger Templates

KHASIAT MANNA ( GUM ARABIC )


   




Manna
 adalah sejenis produk asli dari resin pokok Akasia yang tumbuh di Sudan. Al-Manna  telah  disebut dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 57. Testimoni terhadap pesakit kronik hasil  dari pengambilan Al-Manna amat baik, antaranya sembelit hilang, kulit lebih sihat,  gaut  hilang dan pelbagai lagi. Prebiotik yang terdapat dalam campuran bahan ini adalah  seperti  kebaikan susu ibu.


Sudan  adalah pengeluar utama Gum Arabic, yang juga dipanggil dengan nama Hashab. Sudan membekalkan 85% dari bekalan dunia Gum Arabic dan 90% darinya adalah  berkualiti   tinggi. Gum Arabic adalah emulsifier semulajadi yang terbaik digunakan untuk memegang  bahan-bahan yang biasanya tidak dapat bercampur bersama seperti air dengan minyak. Getahnya diperolehi dengan menoreh kulitnya sebagaimana pohon getah ditoreh untuk mengeluarkan susu getah.


    

Ia digunakan dalam produk makanan supplement, minuman berkhasiat, dan produk perlangsinagan. Gum Arabic menjadi bahan penting dalam bahan makanan, pharmaceutikal danindustri.  Tiada bahan emulsifier yang sebaik Gum Arabic, 3 sudu teh Gum Arabic mengandungi lebih fiber mudah larut dari 10 mangkuk oatmeal, 13 lobak merah, 15 biji epal, 44 biji prune danmengunyah 7 hari Gum Arabic  mengurangkan karang gigi dan gusi ia juga menghalang pertumbuhan bakteria pada gusi


     


B

     KAJIAN KEATAS GUM ARABIC




      Banyak kajian saintifik keatas Gum Arabic mendapati ia sangat berkesan digunakan sebagai Prebiotik.Satu kajian yang diterbitkan oleh Br.Jour.Nutrition 2008-March, membandingkan keupayaan Gum Arabic dengan Inulin sebagai Prebiotik. Kajian klinikal keatas manusia yang diberi Gum Arabic 10gm sehari dan Inulin 10gm selama 4 minggu menunjukkan pertambahan bakteria Bifidobacteria dan Lactobacilli termasuk Bacteroides didalam kumuhan najis lebih tinggi pada sample Gum Arabic berbanding Inulin. Ini bermakna Gum Arabic adalah Prebiotik semulajadi yang terbaik dan paling mudah untuk Probiotik berkembang. Ia juga tidak merangsang bakteria bukan Probiotik.
           
    Antara kajian yang dijalankan menunjukkan kebaikan Gum Arabic :
1. Kesan penurunan tekanan darah pada pesakit  darah    tinggi.

2. Mengurangkan penghasilan radical oksigen bebas (free oxygen radical).
3. Meningkatkan paras butyrate dalam serum darah.
4. Memperbaiki tindakbalas sistem imun tubuh        melalui rangsangan kepada sel dendritic didalam lumen usus dan penghasilan cytokine.
5. Membantu serapan mineral seperti zink, sodium dan calcium.
6. Menghalang pertumbuhan sel kanser usus dan keradangan (inflammation) usus melalui modifikasi angiogenetic factors .
7. Mengurangkan paras urea dan menambah nitrogen dalam najis kepada pesakit rosak buah pinggang.
8. Kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang teruk (chronic and end stage kidney disease).
              Kajian klinikal keatas pesakit paediatrik end stage renal failure menunjukkan pesakit dapat mengurangkan kekerapan dialisis dan menjalani kehidupan lebih baik(Paediatric Nephrology 2004). Kajian keatas haiwan menunjukkan penambahan creatinine cleareance dan perubahan electrolyte excreation yang mempunyai kesan baik (favourable) keatas masalah buah pinggang (renal insufficiency) (Tubingen Univer. Germany).
             
       Satu kajian (Cardiff University) keatas pesakit pesakit buah pinggang dan kencing manis yang diberi 25gm Gum Arabic selama 8-12 minggu mendapati ada kesan penurunan dalam tekanan darah. Kajian lain di University yang sama kepada pengidap kencing manis menunjukkan improvement dalam tekanan darah yang seterusnya memberi kesan yang positif keatas penyakit buah pinggang (progression of renal dis.).

3 comments:

  1. Salam....boleh saya share info ni di blog saya?

    ReplyDelete
  2. kat mana nak dpatkan produk ni?

    ReplyDelete
  3. Teman suplyer Manna (Bentuk Butiran dan Instant Powder) Layari http://mannaaminkanda.blogspot.com

    ReplyDelete